Tuesday, December 22, 2009

Addicted to blog : Rajin meng-update

Kebelakangan ini terutamanya tahun 2009 semakin ramai yang menulis dan mempunyai blog sendiri. Saya tengok dah jadi trend menulis blog ini. Kalau buat statistik(tengok2 survey) lebih kurang, kalau 1 kelas yang berkapasiti 30 orang tu pasti dalam 3-4 orang je yang xder blog.

betul ke?

Tak kisah lah. Yang penting, apa yang nak disampaikan bahawa sekarang ramai betul muda-mudi berkecimpung untuk menulis blog. Tapi kan, bukan muda-mudi je yang meng-blog ni yang dah berumur pun tidak kurang hebatnya.hehe. Habis semua cerita, pasal boss, pasal jiran, pasal anak-pinak mak bapak suami isteri habis semua canangnya. Kalau politik pula, semua pasti arif tentang hal demikian. Memang media arus baru ini banyak memberi impak pada politik negara kita, Malaysia.

Kemudian yang menariknya, sudah tidak banyak cerita yang meletup dan ori lagi. Semua ciplak jer. Tapi dalam banyak-banyak permasalahan dan juga revolusi, evolusi. Timbul pula persoalan, kalau semua dah menulis.

Siapa yang membaca? ;)

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Copyright © 2009 Cheesywormhole | All rights reserved.